Tuesday, December 30, 2014

Alhamdulillah.. :)

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..

harini saya nak share something kat blog sy ni..
:)


alhamdulillah..harini dah genap 32weeks usia kandungan sy




so, sepanjang pregnant kali ni..lain sangat² kondisi badan sy..
badan cepat sangat penat, mengembang tu takyah cakap lah kan..
memang sejak pregnant kali pertama dulu mengembang tu takkan berhenti selagi belum beranak
uwaaa.... -_-'

xpe² mimi..masa ni lah nak merasa badan yg semangat ni pun, nikmatilah sehingga sampai masanya
nanti dah beranak asik kena perli je plak "ko ni kenapa kurus sgt ni?xcukup makan ke?"
hmm..gemok salah, kurus salah..(biasa lah mulut manusia xboleh nak ditutup yedak)
tp...?? xleh nak konfiden sgt yg badan akan turun nti sebab nak masuk 3org anak dah kan
bhahaha..ok fine..terpaksa terima dengan redha..

nasib lah kau mimi..
yang penting maintain cute... ;p
perasan kat blog sendiri takpe kottt~ lalalaa


so..ini lah rupa sy ketika pregnant kali ni..



dah lama kot rasa tak tepek gambar sendiri kat blog sendiri nih :)
saja xnak letak gambar ni besar² sebab maluu... >_<

oh, sy memang tak suka bergambar sejak pregnant kali ni
boleh kira bape keping je gambar yg sy ada time pregnant kali ni
ini pun kebetulan masa tu ada dinner kat ofis..so, ada orang nak amik gambar ni
sy pun posing jelah ;)
gemok kannnnn... -_-"
 time ni pregnant 28weeks..skrg dah 32weeks..so bayangkan jelah sy yg makin membesar ni
tapi membesar dengan ada isi..hehehe

insyaAllah..nanti bila tiba time nak bersalin sy akan update blog lagi..
sebab skrg ni rasa hilang mood nak bekerja dah..asik masuk lambat je
nak cuti 2bulan street sampai bersalin bole tak boss...
tp nak gaji jalan...hahaha..banyak cantik!


oh, nak story pasal persiapan nak sambut baby kali ni..
dah masuk 8bln tapi....
sebernarnya sampai sekarang satu apa pun tak stanby dalam kete lagi
maksud sy beg baby yg kita kena stanby kat dalam kete tu kan..haa..
tp barang baby tu alhamdulillah dah beli lah sikit2..
cuma rasa malas sgt nak kemas masuk dalam beg
nape ntah! sabauuu jelah~

k lah..cukup untuk hari ni dan xtau lah bila lg sy nak update blog lepas ni
hahaha

ntah², tetibe dah ada gambar baby nanti..yedak? hahaha
papepun..sy mohon semua doakan sy dan baby selamat ya..
insyaAllah..

sayang korang semua~
^_^


Wednesday, December 17, 2014

Kakak dah Konvo :)

Assalamualaikum dan slamat pagi semua

Baru-baru ni 6/12/2014 anak sulung sy dah berjaya menghabiskan pembelajaran dia kat Taska Permata..alhamdulillah..
Berkat kesabaran dan komited nye kami dua laki bini,dapat juga abiskan sesi dari 2012-2014..alhamdulillah..

So,aritu taska kakak ada buat majlis konvokesyen di dewan KBS..
Bangga kot tengok anak amik sijil kat atas pentas..
Walaupun nama yg disebut berbinti kan ayah dia, tp sy sebagai ibu bangga sebab melahirkan dia ;)
Cewwah! Macam nak dapat sijil ijazah plak kan..hehehe
Xpelah,sekali skala nk vangga dgn anak sendiri,ape salahnya yedakk ;p

Apepun ibu doakan semoga anak ibu berjaya dunia akhirat..
Tahun depan dah pra sekolah dah..
Moga anak ibu membesar dengan sihat, dan menjadi anak yg solehah yg sentiasa mendengar kata ibuayah ye syg..

Ibu terlalu sayangkan anak2 ibu..harta dunia akhirat ibu.. :)

Tuesday, December 16, 2014

Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!

Assalamualaikum wbt semua

harini sy terdetik hati nak share satu benda yang sy rasa semua orang buat termasuk sy
so mari kita renung-renungkan ya semua~



Paedophilia atau paedophile,adalah satu spesis manusia yang rare.Diorang ni kalau tengok budak-budak,akan timbul rasa SEXUALLY attracted.Rasa STIM.
Scary kan?Scary gila.
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.Memang ada dan memang wujud.
Cuma,kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. -______-


Most of us tak aware pasal ni.Dan bila tak aware,kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc. 
Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.Kerja asyik nak attack budak je. 
Itulah dia--PEDOPHILES.


Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,tak macam orang-orang normal yang lain.Tengok gambar-gambar contoh di bawah.


Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it. 
So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.
Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. 
-______-


Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..- 
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.
Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.
FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media. 
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?
Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga. 

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean. 
"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE 
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.
Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan? 
Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.
Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE. 
"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"
So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?
Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?

These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.
1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!
2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.
3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."
Atau,
"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."
 NEVER.
4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.
5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".
6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.
7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia. 
8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.
9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.
10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!
11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.
12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, 
 terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

Please parents.
We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.
Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.
U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?
Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free. 
Na'uzubillahi min zalik.
Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.
Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.
Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.
Mintak jauh.



p/s: woo bahaya kan?? Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware 
dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak.
Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...